
Saturday, October 09, 2010 08:58:19
Jakarta, NU Online - Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - English here
Nahdlatul Ulama (NU) baru-baru mencadangkan supaya pengikut-pengikut Ahmadiyah tidak lagi mengaku diri mereka sebagai sebahagian dari Islam, berikutan bantahan meluas di kalangan Muslim di Indonesia.
Timbalan setiausaha NU Enceng Shobirin memberitahu dalam satu diskusi mengenai permasalahan Ahmadiyah bahawa pengikut-pengikut ajaran tersebut akan menerima kesan dipinggirkan jika terus mengaitkan diri mereka dengan Islam kerana ajarannya yang jelas menyimpang.
Enceng berkata keganasan terhadap Ahmadis akan berulang kerana majoriti Muslim di negara tersebut berpendapat bahawa fahaman tersebut boleh menggugat ajaran Islam sebenar.
“Mari kita jalankan kaji-selidik untuk mencari penyelesaian menang-menang. Di Negara-negara lain, pengikut Ahmadiyah boleh bersikap baik,” kata Enceng.
Seorang lagi penceramah dalam diskusi tersebut, Naib pengerusi NU Slamet Effendi Yusuf (gambar), berkata masyarakat Muslim di seluruh dunia tidak mengiktiraf Ahmadiyah sebagai sebahagian dari Islam.

“Sekalipun di Pakistan, di mana pengasas Ahmadiyah (gambar) dilahirkan, ajarannya tidak diiktiraf sebagai sebahagian dari Islam, tetapi pengikutnya dibenarkan mengamalkan ajaran tersebut. Ini mungkin penyelesaian terbaik kepada masalah Ahmadiyah,” kata Slamet.

Kerajaan sedang mengkaji untuk mendapatkan persetujuan bersama antara menteri terhadap Ahmadiyah dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu tersebut, berikutan berlakunya serangan terbaru di penempatan Ahmadi di Bogor, Jawa Barat, Jumaat lalu.
Tidak seperti ajaran Islam sebenar, Ahmadiyah tidak mengiktiraf Muhammad sebagai nabi terakhir. (jp/dar)






No comments:
Post a Comment