Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Saturday, October 2, 2010

Malam 27 ramadan di Iskandariah

Saksikan hamba-hamba Allah memenuhi setiap ruang jalanan di tengah kota Iskandariah bagi menghiasi malam ke-27 Ramadan 2010 mengadap Tuhan Rabbul Jalil. Sekalipun negara berstatus sosial, namun kejituan warisan agama Islam amat terserlah. Perhatikan juga penghayatan sebahagian dari mereka. Allahu Akbar..




No comments:

Post a Comment