Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Friday, July 30, 2010

Takdir untuk Newlove dan McNeely


Mayat kedua tentera laut AS yang ditawan di timur Afghanistan minggu lepas telah ditemui, menurut pegawai-pegawai AS dan Afghan.
Mayat Jarod Newlove, 25 tahun, ditemui di wilayah Logar pada petang Rabu lepas.

Pegawai tentera AS berkata keluarga mendiang telah dimaklumkan tentang kematiannya.
"Pihak pakatan memberitahu pengarah polis jenayah daerah ini bahawa mayat tersebut adalah milik tentera asing yang dicari selama ini,” kata Mohamad Rahim Amin, seorang ketua kerajaan tempatan di daerah Baraki Barak di barat Logar.
Newlove dan seorang lagi tentera laut, Justin McNeley, telah didapati hilang minggu lepas di wilayah logar. Mayat McNeley ditemui pada hari Ahad.
Pihak Taliban pada mulanya berkata bahawa bahawa Newlove masih hidup semasa ditawan. Zabiullah Mujahid, juracakap Taliban, tidak menjelaskan bagaimana ia mati.

Mujahid, walaubagaimanapun, ada memaklumkan kepada pihak agensi berita The Associated Press di Kabul dua hari lepas yang pihak Taliban meninggalkan “mayat seorang anggota tentera untuk pasukan AS”.

'Keselamatan diketatkan'
Kedua-dua mendiang tentera ditugaskan di sekolah latihan untuk pasukan keselamatan Afghan, menurut pegawai tentera AS. Akan tetapi sekolah tersebut terletak di Kabul.
Pegawai-pegawai Nato belum menjelaskan kenapa kedua-dua tentera tersebut pergi ke Logar, satu wilayah yang dianggap semakin merbahaya di timur Afghanistan.

Jeneral Mustafa Mosseini, ketua polis wilayah Logar, berkata tentera Nato telah memindahkan mayat Newlove pada hari Rabu selepas terbiar semalaman dalam hujan pada malam Selasa.
Mosseini juga menjelaskan bahawa sejak kebelakangan ini, pihak Taliban telah diberi tekanan oleh tentera Nato di kawasan tersebut.
"Keselamatan sedang diketatkan," katanya. "Gerakan menjejaki diteruskan samada di udara dan darat. Tentera militan sedang bergerak ke Pakistan."
Source : AlJazeera & Agencies
BIG : Apa yang difikirkan oleh setiap tentera pakatan sekarang? Ya..who’s next. Kamulah mangsa kerakusan pemimpin-pemimpin Yahudi dan Nasrani.
Kamu berjuang kerana harta sedangkan Taliban berjuang kerana Yang maha Esa.
Kamu kata senjata canggih sebagai penyelamat sedangkan bagi mereka pertolongan Allah sentiasa beringat.
Kamu takut mati sedangkan mereka syahid dinanti.
Ahhh..bezanya antara berdua. Kita di Malaysia bagaimana?

2 comments:

  1. blame the usa govert on these incidents. if the usa govt have not get involved in other people land and business, i am sure these 2 guys would have been in college studyng instead of being killed for nothng. so, dont blam islam/afghastan for their death.

    ReplyDelete
  2. jihad mempertahankan ISLAM dan negara telah wajib bagi penduduk2 sebuah negara so tiada istila extemist..terrosrist dlm hal2 berkaitan...wahai umat ISLAM umumnya jgnlah menjadikan diri dan minda kita terpengaruh dgn "taktik" musuh2 melalui media dan sebagainya
    siapa sebanarnya terrorist? butakah kita bodoh ke kita bilamana mush2 ISLAM terang2 menyatakan pendirian mereka ialah utk menghancur dan membunuh org ISLAM dan mneghina dan menjahanamkan ISLAm itulah agenda mereka ,,yg paling kita kesalkan bilamana ketua2 negara ISLAM yg paling mudah menerima agend mereka2 ini dgn berkerjasama dan berkompromi dgn musuh2 ISLAM dlm menentang dan membunuh mereka2 yg mempertahankan ISLAM.Rasulllullah ,,,benarlah firman ALLAH akhir zaman akan berlaku perkara2 ini,,ALLAHUAKBAR sebab apa kerana mencintai dunia dan takutkan mati,,,,andaian mereka ,,HIDUP selamanya,,,

    ReplyDelete