Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Friday, January 28, 2011

Ayah boleh dihukum kerana tolak lamaran



DUBAI (Al Arabiya) (beritaislamglobal.blogspot.com – Original English version here)
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi (HRC) sedang berusaha membawa para ibubapa ke muka pengadilan kerana kesalahan menghalang anak perempuan mereka berkahwin tanpa alasan yang kukuh, dan menyamakan tindakan seperti itu sebagai satu bentuk perdagangan manusia yang salah di sisi undang-undang.

HRC Dr. Bandar bin al-Abian berkata dalam satu kenyataan bahawa penolakan lamaran pihak lelaki oleh ibubapa pihak perempuan adalah satu jenayah kerana ia merampas hak anak perempuan mereka untuk berkahwin jika si pelamarnya sesuai.

Jenayah ini sama seperti kesalahan memperdagang manusia, tambahnya. Kebiasaan ibubapa yang menghalang perkahwinan anak perempuan mereka adalah bertujuan mengambil kesempatan atas faktor kelebihan kewangan yang dimiliki si anak, terutamanya jika anak perempuan mereka itu kaya atau bergaji besar.

Abian menjelaskan bahawa HRC sedang mengkaji jenayah ini dari sudut agama dan sosial bagi mewujudkan mekanisme yang boleh membuktikan samada si ayah bersalah menghalang anak mereka berkahwin tanpa sebab-sebab yang sah, dan membolehkan mereka merengkok dalam penjara sehingga 15 tahun.

Sistem penjagaan

Tujuan utama sistem penjagaan wanita oleh ahli keluarganya yang lelaki atau saudara rapat seperti bapa saudara, adalah untuk melindungi kepentingannya, dan bukan bermaksud untuk menjadi penghalang dalam hidupnya, kata ahli HRC Dr. Abdul Aziz al-Fawzan.


“Seorang penjaga itu hendaklah melindungi hak-hak wanita berkenaan dan melakukan apa yang terbaik untuknya dan bukan menjadi batu penghalang,” katanya kepada AlArabiya.net. “Sistem ini tidak diwujudkan untuk memperkecil dan memalukan wanita.”

Fawzan berkata bahawa persetujuan adalah salah satu dimensi perkahwinan yang paling penting iaitu apabila si perempuan itu bersetuju dan pelamar pula secocok dengan beliau, maka si ayah tidak lagi berhak untuk menghalang pernikahan mereka.

“Sikap sebegini diwarisi dari era sebelum-Islam di mana si ayah menghalang anak perempuan mereka berkahwin dengan pasangan yang sesuai ataupun memaksa mereka mengahwini lelaki yang tidak sesuai.”

Jika si ayah masih berkeras untuk menghalang pernikahan, maka si anak mempunyai hak untuk membawa kes ke mahkamah.

“Hakim akan mendengar hujah si bapa dan akan meneliti samada penolakan tersebut berasas. Jika tidak, dan jika beliau masih berkeras, hak penjagaan akan dipindahkan kepada saudara si anak yang lain ,” jelas Fauzan.

Menurut Fawzan lagi, antara kes paling pelik yang beliau pernah dengar adalah tentang empat orang wanita bersaudara yang masing-masing berusia melebihi 40 tahun yang belum dikahwinkan kerana keengganan si bapa.

“Si ayah berkata yang beliau tidak dapat menerima kenyataan anak-anaknya hidup dengan lelaki lain. Perasaan cemburu seperti ini memang tidak dapat diterima.”

(Translated from the Arabic by Sonia Farid)

No comments:

Post a Comment