Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Tuesday, December 21, 2010
Tun Mahathir dalam 'Top Ten Anti-Semitic 2010'
beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
Simon Wiesenthal Centre meletakkan Helen Thomas di tempat pertama, Oliver Stone, Tun Mahathir Mohammad, dan Rick Sanchez dan lain-lain dalam senarai sepuluh teratas (Klik pada imej di atas dan sambungannya di akhir posting untuk lebih jelas)
Sebuah kumpulan Yahudi berpengkalan di LA, Simon Wiesenthal Centre, telah mengeluarkan satu senarai “sepuluh teratas kenyataan anti-semitik 2010.”
Jumaat lalu, Simon Wiesenthal Center mengeluarkan satu senarai kenyataan atau petikan berbaur anti-Semitik yang dibuat sepanjang tahun ini oleh tokoh-tokoh berprofail tinggi.
Berada di kedudukan teratas adalah Helen Thomas, jurnalis berusia 90 tahun yang bersara awal tahun ini selepas berkata kepada seorang rabbi bahawa “Yahudi harus keluar dari Palestin.”
“Mereka patut kembali ke Poland, Jerman, Amerika dan tempat lain,” katanya kepada rabbi itu.
Pengarah Oliver Stone berada di tempat kedua dengan kenyataan yang dibuatnya tentang gambaran salah yang diberikan kepada peranan Hitler dalam sejarah.
“Hitler telah dijadikan kambing hitam dalam sejarah sepanjang zaman dan ianya dipergunakan secara begitu murah,” kata pengarah berkenaan Januari lalu. “Beliau adalah produk yang terhasil dari beberapa siri tindakan. Ianya adalah sebab dan akibat.”
Personaliti lain yang dinamakan oleh Simon Wiesenthal Center dalam senarainya termasuklah bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohammad; Al-Mutawakil Taha, Timbalan Menteri Penerangan Palestin, dan Rick Sanchez, bekas koresponden CNN.
Menurut Simon Wiesenthal Center, senarai tersebut menunjukkan peningkatan retorik anti-semitik yang semakin menular.
“Tidak pernah sebelum ini, Simon Wiesenthal Center melihat begitu banyak wujudnya anti-semitisme dalam arus perdana.,” kata Rabbi Marvin Hier, pengasas dan pengarah SWC, sambil menambah bahawa “Senarai sepuluh teratas ini membabitkan personaliti terkenal dalam pelbagai bidang termasuklah journalis, pegawai kerajaan, selebriti, pengarah filem terkenal, dan ahli akademik.”
Sesetengah mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Semitik sepanjang tahun 2010 ini tidak terlepas begitu sahaja tanpa menanggung kesannya. Thomas bersara selepas membuat kecaman seperti itu, Sanchez kehilangan kerja dan Stone terpaksa memohon maaf kepada Anti-Defamation League sebanyak dua kali. Tun Dr. Mahathir???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment