Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Thursday, December 16, 2010

Buat baik pun dihina



beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

OCCUPIED JERUSALEM (Ma’an)
Sanak-saudara seorang pesakit Yahudi dari Beit Fagan, barat Jerusalem, memaki-hamun seorang paramedik Palestin yang cuba melakukan bantuan pernafasan keatas pesakit tersebut yang mengalami serangan jantung.

Fadi Badarna, yang memegang kad pengenalan Israel, bekerja untuk perkhidmatan ambulan Red Star of David dan sering berurusan di bahagian ICU Hospital Hadassah di Jerusalem.

Beliau memberitahu Ma'an bahawa beliau sedang cuba memulihkan pernafasan pesakit berkenaan yang tidak sedar diri apabila tiba-tiba ahli keluarganya mengerumuni beliau sambil berkata "Awak adalah bangsa Arab yang kotor, dan tidak berhak untuk membuat keputusan."

"Apabila selesai memberikan rawatan awal dan memutuskan untuk membawanya ke hospital, saya memberitahu keluarga tersebut bahawa hanya seorang dibenarkan menemaninya dalam ambulan, dan mereka terus mengulangi cacian yang sama. Mereka juga berkata perkara yang tidak elok terhadap ibu saya,” katanya.

"Saya tidak pedulikan cacian mereka, dan saya terus menjalankan tugas saya sebagai paramedik. Pihak pentadbiran Red Star of David juga menyokong saya dan mengutuk sikap yang ditunjukkan oleh keluarga berkenaan."

Badarna berkata ini bukanlah kali pertama beliau mendengar cacian dari warga Israel. Dua bulan yang lalu, pengawal keselamatan di Hospital Hadassah mendesak untuk melakukan pemeriksaan keatasnya semasa beliau membawa masuk seorang pesakit, tetapi beliau menolak.

"Mereka hendak memeriksa kerana saya berketurunan Arab, sekalipun saya berkhidmat untuk sebuah perkhidmatan Israel."

1 comment: